|
KENALKAH KITA SIAPA ITU MUHAMMAD? Saya tertengok majalah tiga ulangan pagi tadi. Kali ini, majalah tiga memaparkan kisah dan pengalaman Norzie dan suaminya, Aidid mengerjakan haji di baitil haram, Mekah Al-Mukarramah. Seronok melihat masjid Nabawi dari lensa kamera. Saya memang belum pernah menjejakkan kaki ke “Kami datang ya Allah… Kami datang menyahut seruanMu.” Tempat yang berkubah hijau itu, rupanya menempatkan makam insan terulung. Insan yang telah berkorban untuk diri kita pada hari ini, supaya kita dapat melihat sinar iman dan mengecapi indah Islam pada hari ini. Alangkah beruntung siapa yang diberi peluang untuk melihat dengan mata, dalam keadaan penuh sedar, makam baginda. Alangkah senang dan mudahnya Islam. Allah S.W.T tidak pernah menyusahkan hambaNya. Walaupun mengerjakan haji itu tercatat dalam salah satu rukun Islam, namun ia hanya dikhaskan bagi mereka yang berkemampuan sahaja. Walaupun tidak dapat melihat dengan mata sendiri makam baginda, tapi itu bukan satu ukuran untuk diiktiraf menjadi umat baginda, lebih-lebih lagi untuk mendapat syafaat baginda ketika di alam mahsyar nanti. Sesiapa yang mahu menjadi umat baginda, jalannya terlalu mudah. Mengaku dan menjadi saksi bahawa Allah itu Tuhan yang Esa, tidak akan dihambakan diri ini melainkan hanya padaNya sahaja dan Muhammad itu adalah utusanNya, utnuk menyempurnakan syariat untuk manusia yang bergelar hamba. Sesungguhnya kita adalah umat yang paling beruntung. Itulah anugerah yang Allah telah kurniakan. Lantas, mengapa tidak dihargai? Sedangkan umat lain berebut-rebut untuk menjadi umat yang terbaik, yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kita mengaku kita umat Muhamad. Siapakah Muhammad? Kenalkah kita? Adakah kita tidak akan mengenali baginda memandangkan baginda telah lama wafat? Memandangkan kita tak akan pernah berjumpa dengan baginda? Tahukah kita bahawa Muhammad itu mengenali kita? Baginda mengenali kita, seorang demi seorang,m bahkan baginda lebih mengenali kita berbanding sahabat baik kita mengenali kita. “Umatku dari generasi pertama sampai yang terakhir diperlihatkan kepadaku semalam.” Seorang sahabat bertanya,”Ya Rasulullah, bagaimana yang belum wujud diperlihatkan kepadamu?” Rasulullah menjawab, “Mereka diperlihatkanku dalam tanah. Sehingga aku mengenali mereka lebih daripada seorang daripada kamu mengenali temannya.” (Diriwayatkan oleh ath-Thabarani dari Huzaifah bin Usaid.) Muhammad mengenali kita. Sangat gembira kerana dapat mengenali kita. Kita pula macam mana? Kita ini umat yang sombong jika kita tidak berselawat ke atas baginda bila kita mendengar nama baginda disebut. Mengapa kita sampai demikian rupa? Sedangkan baginda hanya mengingati kita walau hingga akhir hayat baginda. “Umati…umati…umati…” |
| Leave a Comment: |