|
TAHUKAH? DALAM IBADATMU Tahukah? Dalam ibadatmu Menyebut-nyebut nama-Nya Menjadi fana, tak ada yang tertinggal Kecuali Dia, yang lain semuanya sirna. Tahukah? Bahawa cahaya api cinta-Nya Yang telah membakar seluruh dirimu Maka dirimu pun lebur luluh Sirna, tanpa sisa. Bersyukurlah ke hadrat-Nya Kau telah mendapat melihat keindahan-Nya Riang ria dalam asyikmu Riang ria menyaksi tali cintamu Terpaut dengan tali cinta-Nya. Tak ada kesudahan cinta-Nya Cinta-Nya sentiasa mendaki puncak kamal Puncak jamal, dan baqa, cahaya api cinta-Nya Sentiasa membara, sentiasa membakar Dirimu, dan cintamu. |
| Leave a Comment: |