Create your own at MyNiceSpace.com







jam_dinding
May 30th
Female
kuala lumpur
image hosting

image


Create your own message at BlingyBlob.com

Get your own countdown at BlingyBlob.com

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Sila download


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Apr 20, 2007
ketabahan maryam

Ketabahan Maryam
Album : Istemewa Buatmu
Munsyid : Rais
http://liriknasyid.com


Kau tinggalakan keluarga tercinta,
Berangkat ke Timur bersama duka,
Bersemuka Malaikat berupa manusia,
Membawa pertusan dari Yang Maha Esa.

Gementar cemas segera bermula,
Rancak debaran memuncak di dada,
Bagaimana dapat Ku kandungi Isa,
Ku masih suci belum berpunya.

Di pohonan tamar dudukmu keresahan,
Lahirlah Isa dengan izin Tuhan,
Terlupa walau sekelumit kesakitan,
Rahmat dan nikmat selubungi badan.

Kau gendong bayi yang kemerahan,
Peristiwa pelik mula dihebohkan,
Berlaku pendebatan cemuh-cacian,
Pasrah kau hadapi bertambah keimanan

Ketabahanmu Maryam...
Lambang keagungan wanita Islam,
Dugaan mendatang tak jua hatimu kelam,
Biar badai melanda kau sentiasa tenang,
Biar lautan bara tetap kau renang.

Oh...Ya Allah,
Terlalu banyak ku hadapi dugaan
Hingga tak terlarat ku dilipkulkan (Rintihanmu didengari Tuhan),
Bersuara Si Kecil memberi jawapan,
Melerai segala kusut persoalan (Terbongkar rahsia keagungan Tuhan).

Sebuah dalam al-Quran,
Kisah ketabahanmu telah diabadikan,
Sungguh teguh imanmu Maryam,
Biar berjuta belati menikam...

Posted at 03:49 pm by jam_dinding
Make a comment  

Dec 26, 2006
siapa aku

SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.



Posted at 10:40 pm by jam_dinding
Make a comment  

Dec 17, 2006
demo anti israel

 alhamdulillah....setelah mendapat mesej forward dari sahabat2 seperjuangan mengenai demo anti israel pada 15/12/2006 yang akan diadakan di hadapan pejabat kedutaan amerika, ana terus bergegas untuk ke sana. sebolehnya ana ingin sampai awal, sejurus selepas muslimin selesai menunaikan solat jumaat, kerana ana tidak mahu perkara yang sama berulang. sebelum ini ana pernah menyertai demo palestin di tempat yang sama ttp agak tiada rezeki, ana sampai lewat kerana jalan jam dan tersesat ke klcc. bila tiba di ampang park, mereka sudah berarak pulang. tapi sempat juga mengutip semangat2 perjuangan yang masih ada di situ.

kali ini, Allah memperkenankan permintaan ana. dapatlah ana menyertai demo, untuk merasa sedikit perasaan ukhuwwah islamiyyah dengan saudara2 kita di palestin. untuk sama2 mendoakan kehancuran amerika dan israel dan mendoakan nasrun minallah untuk para pejuang agama.

kat tepi ni, gambar ana. sebenarnya gambar ni ada dlm harakah daily. tak sedar pulak bila wartawan tu datang candict gambar ana. apa apa pun, inilah kenangan buat penyuntik semangat ana untuk terus istiqamah di medan yang telah ana pilih ini.


Posted at 06:04 am by jam_dinding
Make a comment  

Dec 3, 2006
tetaplah dengan islam walau dihina

   "Islam mempunyai rodanya, adakala di atas, ada kala di bawah. Tetaplah kamu bersama Islam sama ada ia di atas atau di bawah". Begitulah mafhum hadith Rasulullah S.A.W. Hadith ini mengingatkan kita bahawa Islam itu hanya untuk mereka yang menginginkannya, ia juga memperingatkan kita bahawa musuh Islam berada di mana-mana sahaja, di setiap ketika.

   Kita pernah mengecapi zaman kegemilangan Islam. Zaman di mana barat pun tak mampu untuk mengatasi kegemilangan ini. Namun, Islam terus runtuh bersama runtuhnya khilafah uthmaniyyah, tapi tidak bermakna Islam terus lenyap di muka bumi ini. Islam masih lagi wujud di celah-celah insan yg terpilih, yang masih berpegang pada hadith baginda ini. Yang ingin bersama-sama dengan Islam walaupun ianya dihina dan diseksa.

   Di bumi Malaysia, ramai yang bertanya, kita telah merdeka selama 49 tahun, tetapi parti pembangkang yang mendakwa ingin membawa mesej Islam masih belum dapat menguasai Malaysia dan membina sebuah negara Islam seperti negara Islam Madinah sedangkan Rasulullah hanya mengambil masa lebih kurang dari itu untuk membinanya. Ada yang ragu-ragu dengan agenda parti ini, dan tak kurang ada yang berputus asa terus mengambil langkah meninggalkan perjuangan ini.

   Sebenarnya, parti ini telah berjaya menawan hati rakyat Kelantan selama berpuluh-puluh tahun. Pernah menang di bumi penyu bertelur. Ini bermakna, perjuangan parti ini sudah berada di hati rakyat sebenarnya. Memang parti ini tidak pernah mencatat sejarah menakluki Malaysia, tetapi perjuangan gerakan ini "Islam Hadhari" di Malaysia. Ini merupakan satu titik yang baik untuk kita menyampaikan dakwah kita. Bank Islam juga telah ditubuhkan atas desakan perjuangan gerakan ini. Malah seruan gerakan ini telah berjaya menyusup masuk ke dalam Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini, iaitu ketika ketua pemuda, Hishamuddin melaungkan takbir...

   Antara pesan baginda juga....jadilah seperti sahabat nabi Isa iaitu golongan hawariyyun...yg tetap membela imannya ketika diperintah oleh pemerintah kafir yang kejam.


Posted at 05:38 pm by jam_dinding
Make a comment  

Nov 30, 2006
raja sherina n azhar mansor

Antara Raja Sherina & Azhar Mansor

Dilulus terbit oleh Webmaster pada Monday, November 27 @ 11:58:19 MYT alhusseyn menulis "

Berita harian Sabtu 25 Nov 2006 ada melaporkan:

Kerajaan perlu menyiasat dakwaan ramai orang Melayu di negara ini murtad seperti didakwa wanita dikenali sebagai 'Raja Sherina' dan bukan menumpu kepada siapa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenainya.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata siasatan lengkap termasuk mengenai berapa ramai umat Islam yang dibaptiskan perlu dilakukan segera bagi mengelak kebimbangan umat Islam.

Kenyataan sepertimana yang dilaporkan itu memperakui bahawa dakwaan Raja Sherina itu ada ‘benar’ nya . Mungkin peristiwa tersebut terpaksa dipinda atau ditunda setelah pihak berkenaan menyedari tentang pembocoran agenda tersebut.

Dalam hal ini, Datuk Mufti tidak pernah menafikan tentang apa yang telah didakwa dan dilaporkan kepadanya oleh Raja Sherina. Malah Datuk Mufti menyatakan:

Wanita itu dengan rela bersetuju untuk dirakamkan.Oleh itu, saya mempercayainya” -Harian Metro Online 17Nov 2006 Raja Sherina telah melaksanakan tanggung jawabnya sebagai seorang Muslimah yang sepatutnya dipuji. Dia telah melaporkan kepada Datuk Mufti. Dia telah bersetuju supaya kenyataan nya dirakam oleh pihak Mufti . Malahan turut dilaporkan :
Dalam pertemuan itu, beliau (Raja Sherina) turut menyerahkan beberapa keping gambar memaparkan orang Islam yang didakwa sudah dibaptiskan – Harian Metro Online 17 Nov 2006.

Sekiranya Raja Sherina ada tujuan untuk mensensasikan isu tersebut sudah tentulah dia akan menyibarkan gambar-gambar itu kepada orang ramai.Tetapi dia telah membuat keputusan dan jalan yang terbaik dengan menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada pihak yang mempunyai autoriti dalam hal berkenaan.

Kita semua sebagai orang Islam yang bertanggung jawab dan masih waras , sepatutnya bersetuju dengan apa yang telah disarankan oleh Datuk Mufti :
Pada masa ini siasatan lebih tertumpu kepada siapa yang menghantar SMS mengenai dakwaan itu berbanding isu asalnya iaitu murtad yang membimbangkan ramai umat Islam di negara ini”
Apa yang patut kita lakukan bila dengar khabar angin itu, kita siasat lah. Kita kaji betul ke tidak (dakwaan) murtad kerana ini bukan benda kecil, sebaliknya boleh menimbulkan kekacauan. “-Berita harian Sabtu 25 Nov 2006

Beberapa persoalan timbul ekoran tindakan Polis berhubung siasatan kes ini.
Kenapa Raja Sherina dan suamunya dikenakan tidakan reman? Adakah mereka yang menyebarkan SMS kontraversi tersebut ??

Kenapa Datuk Azhar Mansor tidak turut direman / siasat sama ? Walhal mengikut kata Datuk Mufti :

Dia (wanita itu) mendakwa mengenali Datuk Azhar Mansor (pelayar solo negara) dan dia mendakwa tahu bahawa Datuk berkenaan akan mengetuai satu acara pembaptisan di Ipoh pada Ahad (5 November) lalu.” - harian metro 13 Nov 2006.
Di lamanweb Gereja Anglican Sydney, Australia yang ditulis oleh Katrin Arnholz yang melaporkan :

Azhar Mansor telah murtad dan memeluk agama Kristian ("One man who has publicly converted is the well-known yatctsman, Azhar Mansor...")

Kita sangat bersimpati kepada Raja Sherina dan suaminya yang direman. Kita merasakan ketidak adilan yang sangat jelek sekali apabila Datuk Mansor begitu disanjung dan diraikan sebegitu rupa ketika berlangsungnya Persidangan Agung Umno yang baru lalu.

Dia telah diberikan kesempatan mengadakan sidang akhbar.Namun kenyataan-kenyataan nya tidak nampak dapat membantu kemusykilan atau tanda tanya kita semua berkaitan isu berkaitan. Dia juga tidak menafikan laporan di laman web berhubung status Islamnya. Agak pelik sekali bila ada pula orang kenamaan yang lain sibuk-sibuk menyumbatkan perkataan kedalam mulut Azhar : Dia seorang Islam ( ?? )"

Posted at 07:18 pm by jam_dinding
Make a comment  

takde ape2

Saya merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran ke atas Rabbul Jalil kerana dengan limpah rahmat dan inayahNya yang telah dikurniakan kepada kita semua. AlhamdulilLah, di bawah lembayung keredhaanNya kita semua telah dipertemukan di atas jalan perjuangan Islam ini.
Allah Azza Wa Jalla menciptakan manusia untuk kita berbuat sesuatu untuk kehidupan kita. Berusaha untuk sentiasa menciptakan kebaikan di muka bumi ini dan sentiasa berjuang untuk diri peribadi serta umat manusia pada amnya. Namun hal ini hanya akan dapat dilakukan oleh jiwa yang penuh kreatif dan dinamik. Tidak kenal menyerah. Ingat! Salafus Soleh tidak akan mendapat keagungan yang menakjubkan, tidak akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah, serta tidak mampu menggetarkan hati setiap orang melainkan dengan semangat yang dinamik dan cita-cita yang sentiasa bergelora.
            Antara sebab kemunduran umat sekarang yang paling utama adalah kerana mereka terlalu lemah untuk membuat sesuatu yang bermanfaat dan semangat yang goyah. Sesungguhnya kunci kejayaan umat lain adalah kegigihan mereka untuk mencapai pelbagai kemajuan. Walaupun mereka terpaksa menebusnya dengan susah payah dan penderitaan, sedangkan kita selalu berpangku tangan dan terlempar di dalam kelengahan yang semakin jauh.
Bangkitlah kembali wahai sahabat-sahabat ku! Keagungan Islam telah jatuh. Tegakkan kembali kemulian yang telah condong. Bangkitkan kembali kejayaan kita yang telah terkubur. Jangan menjadikan semuanya hanya tinggal kenangan. Bangkitlah hingga dapat menggegarkan dunia, sebelum kita dipermainkan oleh kebathilan dunia. Sesunguhnya urusan umat ini ada di tangan kita, kehidupannya terletak pada kemajuan kita. Maka bangkitlah wahai pemuda sekalian, genggam dunia di tangan ini! Jangan takut atau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.
 

Posted at 07:08 pm by jam_dinding
Make a comment  

di manakah abi....?

Cerpen ni sebenarnya adalah olahan dari lirik lagu Di manakah abi? oleh kumpulan DHUAT. sedalam-dalam penghargaan untuk sahabat saya, Ahmad atas kebenaran untuk saya gubah, olah dan abadikan cerpen ni dalam pentas karya ini.
 
 
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
 
 
 
 
Dalam suasana malam yang damai, gelap malam hanya diwarnai sinaran rembulan Di teratak sepi yang tidak terlalu mewah dan juga tidaklah terlalu daif tinggal di dalamnya dua orang insan yang dihimpit kesepian, sesepi teratak yang dihuni. Seorang ibu yang juga isteri yang suaminya telah di humban ke dalam tahanan ISA, tahanan tanpa proses perbicaraan yang layaknya digunapakai oleh sang penguasa di rimba raya kerana dituduh ingin menumbangkan kerajaan secara kekerasan. Namun begitu si ibu ini begitu tabah menghadapi ujian yang berat ini. Aduhai, tabahnya seorang isteri, hasil tarbiah yang telah diberikan oleh suaminya sepanjang mereka bersama dahulu. Namun sejauh manalah tabah seorang isteri yang juga seorang ibu ini bila mengenangkan si anak yang masih mentah dan belum mahu mengerti hakikat perjuangan dan sepak terajang politik, anak kecil yang terpaksa berjauhan dari kasih sayang seorang bapa. Dan bertambah pilu hati si ibu tiap kali menjelmanya pertanyaan daripada si anak yang benar-benar menyentap hati naluri seorang ibu.
 
“Ummi, di manakah abi, ummi? Aiman rindukan abi.”
 
Bukan pertama kali pertanyaan ini diungkapkan oleh si anak. Namun begitu tidak pernah jemu si ibu memujuk si anak agar mengerti akan apa yang terjadi. Dengan penuh kasih sayang si ibu membelai pipi si permata suci yang menjadi teman pengubat sunyi, Jelas kelihatan getaran bibir si ibu menahan sebak dan pilu di jiwa, terasa berat untuk menerangkan tentang kesengsaraan yang sedang dihadapi oleh suaminya kepada si anak.
 
“Aiman. Aiman sayang ummi kan ? ummi kan ada. ummi masih boleh menjaga Aiman.” Dalam getar suara menahan sebak, si ibu cuba sedaya upaya mencari titik-titik kekuatan, membina ketabahan jiwa agar ianya juga meresapi ke jiwa si anak yang masih 'hijau' ini.
“Aiman ingat lagi tak kisah nabi junjungan kita Muhammad SAW. Baginda menjadi yatim piatu pada umur sebaya dengan Aiman. Sedangkan Aiman masih beruntung lagi tau sebab umi masih ada untuk menjaga Aiman. Lagipun abi masih ada lagi di dunia ini. Walaupun abi tidak bersama dengan kita tapi kita masih boleh ziarah abi.”
“Tapi ummi, ramai kawan-kawan Aiman kata abi orang jahat. Sebab tu abi kena tangkap dan masuk penjara. Betul ke ummi abi Aiman orang jahat?”
 
Tersentak ibu muda ini bila mendengar pertanyaan yang bagaikan panahan petir yang cuba hendak meruntuhkan kekuatan jiwa yang baru dibinanya sebentar tadi. Tatkala itu mengalir lesu sebutir air mata si ibu mengenangkan sampai begitu sekali silap faham masyarakat terhadap suaminya. Dia lebih mengenali suaminya yang telah lama dikenalnya sejak dari mereka bergerak dalam jemaah lagi. Suaminya adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan kebenaran namun dalam masa yang sama dia adalah seorang yang penyayang dan disenangi oleh sahabat-sahabat seperjuangan.
 
“Aiman jangan salah faham. Tak semestinya orang yang kena tangkap, orang yang masuk penjara itu adalah orang jahat, penjenayah. Aiman tahu tak? Ramai ulama-ulama terbilang seperti Imam Ibnu Hanbal, Imam Malik, Imam Syafie, Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim pada zaman dahulu telah dipenjarakan oleh pemerintah, bukan kerana mereka mencuri, bukan kerana mereka merompak, tetapi kerana mereka menyatakan kebenaran, menafikan kebatilan dan menegur kezaliman pemerintah.”
“Jadi ummi, adakah abi dipenjarakan kerana abi menyatakan kebenaran?”
“Benar Aiman. Abi Aiman adalah seorang yang tegas dalam memperjuangkan kebenaran, kuat tekad dan azamnya untuk melihat tertegaknya sebuah pemerintahan islam di negara kita. Oleh sebab itulah abi tidak disenangi oleh pemerintah, lalu abi difitnah dengan tuduhan ingin menjatuhkan kerajaan dengan cara perperangan.”
“Aiman minta maaf ummi sebab pertanyaan Aiman tadi buat ummi menangis. Aiman berjanji ummi, Aiman juga ingin jadi macam abi bila besar nanti. Asalkan ummi redha anak ummi ini dipenjarakan.”
 
Sayu hati si ibu apabila mendengar azam si anak kesayangannya, agak terubat kesedihan yang dialaminya sebentar tadi.
 
“Sudahlah tu, dah lewat malam ni, Aiman tidurlah, esok nak sekolah. Untuk jadi seorang pejuang islam Aiman kena ada ilmu. Biar ummi dodoikan.”
 
Tidurlah sayang
ummi dodoikan
bersama zikir mendamaikan. ...
 
Bangunmu esok
menjadi pejuang
mujahid sepanjang zaman...
 
Malam itu lena benar si anak dibuai alunan nasyid dan zikir dari si ibu yang bukan sekadar alunan, tetapi tersurat sejambak harapan agar si anak menjadi anak soleh yang berjiwa mujahid suatu hari nanti. Bangunnya esok mungkin akan menjelma kembali persoalan yang sama. ‘ummi, di manakah abi?’ Entahlah, si anak yang masih ‘hijau’ apalah yang hendak dimengertikan…

Posted at 07:01 pm by jam_dinding
Make a comment  

bidadari berwajah manusia

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."

Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya.Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."

Adik masih x puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya
runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH.Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan.
ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti.. .amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah
tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya.. epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya. .. Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya. ..tak semestinya dipetik di taman dunia? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!


Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga?
Wallahu'alam.

Posted at 05:08 pm by jam_dinding
Make a comment  

Nov 29, 2006
tazkirah peringatan cinta untuk manusia

Cinta itu ibarat Nur atau Cahaya, bukannya pembawa penyakit atau masalah. . . . . . Seseorang itu tidak perlu berkorban untuk cinta kerana cinta yang benar-benar suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa, beriman malah berperibadi mulia. . . . .Pengorbanan kita ialah bersedia dan berkesanggupan melalui apa sahaja kemungkinan untuk hidup bersama. . . . .Jika salah seorang masih lagi curiga atau cepat tersinggung dan tidak puas hati. . . . . Ternyata cinta belum berputik. . . . . .

Kesucian dan kebenaran cinta itu tidak lahir dari kata-kata. . . . .Ia bukan juga bukti sebuah kejujuran dan keikhlasan. . . . . Kekuatan dan kebenaran. . . . Cinta bermula dari diri atau jiwa seorang kekasih yang beriman dan bermaruah. . . . .

Kunci untuk memiliki cinta sejati atau ikhlas adalah iman. . . . Apabila manusia benar-benar atau mencintai Tuhan dan agamanya maka cinta suci murni yang menjadi impian pasti tercapai. . . . .Jika kita tidak mengamalkan budaya hidup beragama sudah tentu erti sebuah kebahagiaan dan kesempurnaan dari kata-kata keramat cinta tidak mungkin ditemui. . . . .

Sesungguhnya manusia Hawa dicipta dari tulang rusuk kiri manusia yang bernama Adam. . . . .Bukan dari kepalanya untuk menjadi atasan. . . . .Bukan dari kakinya untuk dijadikan alas melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup. . . . .dekat pada lengan untuk dilindungi dan dekat di hati untuk dicintai. . .

Saya saudara seislam sahabat-sahabat semua kerana Allah...

Adakah sahabat2 semua bersetuju jika saya katakan setiap kita ini mempunyai perasaan 'cinta', menyayangi dan ingin disayangi oleh orang lain yg pastinya bukan keluarga, bukan kawan biasa atau yg paling tepat orang yg berlainan jantina?Jika tidak pastinya kita bukan insan yg normal...
Walaumcammana pun kita menjaga, 'syadid' ke, kita tetap akan dilanda 'satu perasaan' yg sememangnya fitrah, satu anugerah Allah yg tak ternilai harganya.Bayangkan jika kita seorang yg 'tidak mempunyai perasaan'...Tentulah tidak berkembang biak umat Rasulullah saw ni.
Tapi sahabat, perasaan cinta ini perlu kita baja dan semai sebaik mungkin.Dan pastinya segala-galanya berbalik pada CINTA AGUNG kita, yang bukan sahaja RAHMAN tapi juga RAHIM dan maha segalanya.Perasaan cinta terlalu indah untuk diungkap, terlalu seni, satu anugerah yg perlu diSYUKURi.
Untuk mendapat cinta Allah, kekasih yg sejati bukanlah hanya cukup kita solat 5 waktu patuk ayam, puasa ala kadar,... kita mesti 'itqon' ,sungguh-sungguh untuk mendapat perhatian dari Allah.Jadilah 'abidullah yg taatkan perintah, jauhi larangaNya.Saya memperingatkan diri saya yg amat lemah dan lalai ini... Apabila kita rasa jauh denganNya, segeralah raih kembali KASIHNYA.Ingatlah Allah itu cemburu, sekali kita alihkan cinta dariNYa, pasti IA jauh.Dan jika dah rasa betapa nikmatnya bersamaNya pasti kita akan merana pula bila berjauhan.
Terlalu banyak cara untuk meraih cintaNya.. Andai kita diuji dengan mehnah hidup ini, bulatkan pergantungan dengan Allah sepenuhnya.Bukankah kita akan diuji jika kita mengaku kita beriman? Bermunajat di sepertiga malam, mengadu, merintih,meluahkan segala isi hati ...Ya Allah manisnya bercinta denganMu. Cemburu rasanya dengan Rabi'atul Adawiyah yg mendamba cinta di seluruh hidupnya hanya dgn Allah...
Dan percayalah sahabat, bila cinta sudah tersimpul erat dgn Yang Satu,cinta manusia dengan sendiri nya melamar kita...Telah Allah tentukan kita ini sejak azali, usah risau, usah gelisah...Jika berdetik mencintai seseorang jangan luahkan pada sesiapa, serahlah pada Allah jika kita cintakannya kerana kelebihannya kembalikan segalanya pada Allah, Allah yang menciptakannya segala puji bagi Allah, Subhanallah, subhanallah....
Waakhiran, saya berpesan pada diri saya dan sahabat2 supaya meletakkan cinta pada Allah melebihi dunia dan isinya ,sekian wallahu'alam...

Setiap manusia ada sifat cinta di dalam dirinya.Sifat ini adalah fitrah semulajadi yang di berikan oleh Allah kepada hamba atau makhliknya.Cinta seorang yang beriman adalah kerana Allah bukan kerana perkara yang lain.Cinta kita kita mestilah tidak bercanggah dengan syariat islam.Cinta orang yang beriman adalah,pertamanya adalah cinta mereka kepada allah,keduanya cinta mereka kepada rasul,ketiganya cinta mereka kepada manusia dan terakhirnya cinta mereka kepada harta benda.

Posted at 11:14 am by jam_dinding
Make a comment  

terfikirkah anda tentang....

BAGAIMANA UMAT ISLAM BOLEH MENJADI 'MURTAD'?"

Pagi hari Islam..petangnya kafir.."Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?"
"Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia". Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tak payah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan gerakan Yahudi seawal tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew".

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu dan saham kepada puak Yahudi. Tiada kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.

Yahudi punya kerja. baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi. Bab Kristian,lebih terancang, lebih terperinci lagi.Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan Raja ke-6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London.

Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana hendak mati. Kita berperang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita menukar strategi.

Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya ke atas orang Islam. "Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah Raja itu mati. 1942 kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh... semuanya satu demi satu. Bagaimana perkara ini boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, & GLORY. Pertama kitab mereka, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque tidak datang ke Tanah Melayu dengan membawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukannya makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (bekas kuburnya di Bukit St. Paul-Banda Hilir), sebab nak sebarkan ajaran Kristian. Bagaimanakah cara yang digunakannya untuk sebarkan Kristian di Melaka? Orang kita panggil, gerakan halus. Dia memanggil kesemua mubaligh Kristian yang ingin datang ke Asia dan mendedahkan kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian.

Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu, kalau kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu, tapi sebenarnya tapai.

Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi ".

Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.

Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik. Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan REVOLUSI. Justeru itu, mereka mengatakan bahawa "kita nanti akan memperolehi satu Kristian Muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian Muslim Melayu sejati..." (contohnya mesyarakat Melayu Portugis di Melaka). Sebenarnya mereka ingin akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat REVOLUSI untuk menjadi Kristian.

Cara kebajikan pula...

Hari ini siapa tak kenal kelab Rotary yang cuci buah pinggang, kelab Lion, Bulan Sabit Merah, Saint John's Ambulans. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisme adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Kerna itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia.

Cara lain mereka adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan msg ni kepada saudara kita yang lain yang tidak tahu-menahu tentang perkara ini. Malah kita mesti peka. Ini semua adalah tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, mesej ini tiada kena-mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam. Inilah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat. Sedarlah bertapa tenat dan parahnya penyakit akidah sahabat-sahabat kita di kampus UIA PJ..golongan lelaki dan perempuan yang berpeleseran..berdua2an..dan ada di kalangan mereka telah terlanjur..bukan hendak mengaibkan meraka, tp inilah realiti MAHASISWA/I yang berada di dalam kampus UIA PJ..Mereka tidak segan silu untuk menyatakan bahawa mereka telah melakukan penzinaan! Malahan berbanga dengan apa yang mereka lakukan!! siap boleh cerita kat member2 lg!! Apakah tindakan kita ? adakah hanya menutup sebelah mata??? ATAU kita berfikir.." ah.. biasa la tu, dah fitrah nak wat mcm mane kn.." biarkan mereka dengan hidup mereka dan kita dengan hidup kita.. Adakah ini pendirian kita sebagai seorang muslim yang mahukan ISLAM sebagai AD-DIN?? Sy cukup sedih dengan fenomena yang berlaku ini..
NAMA PUSAT PENGAJIAN ISLAM TELAH DICEMARI OLEH TANGAN2 YANG TIDAK BERTANGGUNJAWAB... KALAU PADA MULANYA SY BOLEH BERBANGA MENJADI SEORG WARGA KAMPUS UIA PJ.. NAMUN SETELAH MENGETAHUI HAL INI.. TIMBUL RASA PENYESALAN,BUKANLAH MENYESAK KERANA MEMASUKI UIA..TP KESAL KERANA SIKAP PARA MAHASISWA/I YG BERSIKAP SEPERTI BUKAN ORANG ISLAM.. PADA HAL MERAKA INI ADALAH DARI KALANGAN YANG TERPILIH, ADA JUGA DI KALANGAN MEREKA YANG TERDIRI DARI KELUARGA YANG BERLATAR BELAKANGKAN AGAMA (iman tidak boleh diwarisi bak kata RAIHAN)...DAN MEREKA JUGA BERSEKOLAH DI SEKOLAH AGAMA.. BUKAN LAH NIAT SAYA UNTUK MENGHINA ATAU MEMPERKECIL2KAN PELAJAR2 DARI SEKOLAH AGAMA. TP INI ADALAH KENYATAAN YANG HARUS KITA TERIMA.. Oleh itu kita insan2 yang diberikan kesedaran dan hidayah oleh ALLAH S.W.T haruslah memikul tanggungjawab untuk mengatasi fenomena ini dari terus merebak dan menjadi barah kepada umat ISLAM khususnya..Jangan kita pula yang menambahkan masalah ini!!

Sahabat-sahabat yang dikasihi, tolong panjangkan mesej ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yag telah di Islamkan atas tiket keturunan di mana dengan sebab ini kita telah pun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari- cari jalan yang betul. Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati- hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

Memang ini apa yg kite nampak masa kini, tp kebanyakan kita buat tak kisah, tak sedar, pentingkan diri sendiri... Fikir-fikirkanlah...

Posted at 11:11 am by jam_dinding
Make a comment  

Previous Page Next Page